Saturday, 18 May 2013

Analisis Buffer


Kali ini kita akan bincangkan analisis yang agak popular di dalam GIS iaitu analisis Buffer.  Apa fungsi analisis Buffer ni. OK... katakan saya ingin menjana zon kawasan seperti  kes-kes berikut :-

  1. Katakan di dalam garis panduan perancangan pembangunan kawasan bukit, telah disyaratkan projek pembangunan tidak boleh dilaksanakan di dalam zon sekitar 200m dari kaki cerun.
  2. Sebagai pegawai kesihatan, saya ingin mendapatkan senarai rumah di sekitar zon 100m dari lokasi kes wabak denggi.
  3. Di dalam projek penglebaran jalan, lot tanah manakah yang akan terlibat apabila pengambilan tanah sekitar 20m di kiri kanan bahu jalan dilaksanakan.




Jika dilihat dari contoh-contoh tadi, data utama yang ingin dihasilkan ialah polygon zon kawasan mengikut jarak tertentu. Disinilah analisis Buffer boleh digunakan. Buffer akan menghasilkan output data polygon mengikut jarak yang kita tentukan. Data input untuk Buffer pula boleh terdiri samada point, line atau polygon. Seperti contoh di atas, sekiranya lokasi kes denggi di dalam data saya dalam bentuk point, output yang akan dihasilkan ialah polygon sekitar 100m dari point kes tersebut. Untuk kes penglebaran jalan pula, sekiranya data jalan saya dalam polyline, output yang dihasilkan ialah polygon zon 20m di kiri kanan jalan.

Input Buffer boleh terdiri dari point, line atau polygon.
Output yang dihasilkan sentiasa polygon.


Pada kebiasaannya, output dari analisis Buffer ini akan digunakan sebagai input untuk analisis berikutnya. Sebagai contoh, output dari zon buffer 20m dikiri kanan jalan akan digunakan sebagai input untuk analisis Clip bagi mendapatkan lot tanah di dalam zon terlibat.

Output zon Buffer digunakan sebagai input untuk analisis berikutnya.


OK... sekarang macamana nak buat analisis Buffer ni? Dalam ArcGIS, anda boleh run analisis Buffer ni samada melalui menu Geoprocessing dalam ArcMap ataupun di dalam ArcToolbox.



Sekarang katakan saya nak bina zon 20m di kiri kanan jalan bersimbol warna merah seperti di bawah ni ..



Bila anda klik je Buffer, window di bawah akan dipaparkan. Follow step berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Untuk Input Features, masukkan input layer yang ingin anda buffer. Dalam contoh ni saya nak buffer jalan.
  2. Bina output featureclass. Anda boleh pilih samada nak bina zon sebagai layer geodatabase atau shapefile.
  3. Masukkan jarak zon yang anda kehendaki.
  4. Pastikan unit jarak bersesuaian dengan jarak yang telah anda masukkan.
  5. Klik OK.

Hasilnya adalah seperti di bawah :-



Seterusnya anda bolehlah gunakan tool CLIP untuk mendapatkan lot terlibat di dalam zon 20m tu. Sekiranya anda ingin mendapatkan keluasan yang terlibat untuk setiap lot di dalam zon, cara yang paling mudah ialah savekan hasil output analisis CLIP anda sebagai layer geodatabase. Hasilnya seperti di bawah :-

Senarai lot bersama keluasan terlibat di dalam zon.

Untuk Kak Bunga...Selamat mencuba ye... :)



Thursday, 25 April 2013

Kursus ArcGIS Desktop 10 di JPBD


Lama juga saya tak update blog ni.. agak busy sekarang ni.. takde idea nak tulis pun ada.. :).. Baru-baru ni saya kendalikan kursus ArcGIS Desktop 10 di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa KL. Peserta kursus terdiri dari pelbagai latar belakang GIS. Ada yang masih baru dalam GIS, ada yang pengguna tegar MapInfo, ada juga yang pernah menggunakan ArcGIS, tetapi dalam version 9. Semoga kursus ni memberi manfaat kepada peserta.



Kusyuk buat exercise Georeferencing...


Sunday, 24 March 2013

Clip to Shape : Memapar Data Ikut Pelbagai Bentuk


Kadangkala bila anda nak design map anda dalam ArcMap Data Frame, anda nak supaya data anda tu mengikut sesuatu bentuk atau fokus kepada kawasan kajian anda sahaja. Contohnya macam ni.. saya ada dua layer.. (1) Layer mukim Semenanjung (2) Layer gunatanah daerah Kuantan. Tapi bila saya nak buat map, saya nak paparkan hanya gunatanah dalam mukim Kuala Kuantan sahaja... macam gambar di bawah ni..



Untuk anda yang biasa gunakan geoprocessing overlay analysis, mungkin anda rasa satu cara yang boleh dibuat ialah gunakan Intersect atau Clip analysis. Boleh juga... tapi geoprocessing analysis akan menghasilkan output dataset yang baru.. maksudnya nanti saya akan ada dua layer gunatanah.. satu layer gunatanah daerah Kuantan dan satu lagi layer gunatanah mukim Kuala Kuantan. Takde masalah sebenarnya, tapi kadangkala kalau ada banyak sangat temporary layer nanti, space storage anda makin lama makin bertambah sekiranya anda tak delete data-data yang tak diperlukan lagi. Lagipun anda nak create layer tu  hanya sementara sahaja untuk tujuan buat mapping.

Geoprocessing Clip/Intersect akan
menghasilkan output dataset baru


Satu cara yang mudah dan menjimatkan space ialah gunakan teknik Clip to Shape di dalam Data Frame. Kelebihan teknik ni ialah dia boleh paparkan data dalam ArcMap anda tu ikut pelbagai bentuk tanpa perlu menghasilkan dataset yang baru. Walaupun anda nampak data anda tu diubah dalam pelbagai bentuk, tapi sebenarnya dia tak alter actual data anda. Perubahan bentuk tu hanya untuk tujuan paparan sahaja.   Sekali lagi reminder, sekiranya keperluan anda tu nak create dataset yang baru, jangan gunakan teknik ni..gunakan analysis Intersect atau Clip. Rujuk gambar bawah ni untuk perbezaan teknik Clip to Shape berbanding teknik geoprocessing Clip/Intersect.

Perbezaan geoprocessing Clip/Intersect dan Clip to Shape


OK sekarang saya akan tunjukkan macamana nak buat Clip to Shape ni. Sekali lagi, objektif saya sekarang ialah nak create map gunatanah di dalam mukim Kuala Kuantan sahaja. Tapi data mukim saya sekarang ni menunjukkan mukim keseluruhan Semenanjung. Jadi mula-mula saya kena buat Definition Query dulu pada data mukim saya supaya hanya memaparkan polygon sempadan Kuala Kuantan sahaja. Untuk anda yang kurang faham macamana nak buat Definition Query, rujuk pada post saya tentang Definition Query di link sini. Hasil Definition Query saya akan jadi seperti gambar di bawah.

Hasil Definition Query layer mukim = 'Kuala Kuantan'


Seterusnya saya akan gunakan Clip to Shape untuk "potong" data gunatanah Kuantan saya tu supaya mengikut bentuk (shape) sempadan mukim Kuala Kuantan. Caranya seperti gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Right click dalam map anda dan pilih Data Frame Properties...
  2. Klik tab Data Frame
  3. Pada ruangan Clip Options, pilih Clip to shape
  4. Klik butang Specify Shape...
  5. Pilih option Outline of Features dan pilih layer yang akan menjadi rujukan shape. Dalam contoh saya ni layer Mukim
  6. Klik OK.


Tadaaa... hasilnya seperti di bawah ni.

Gunatanah di 'clip' mengikut 'shape' mukim


Shape yang anda nak papar tu bukan hanya mengikut bentuk sempadan polygon saja, tapi yang bestnya anda boleh juga buat free sketch untuk define shape tu..contohnya anda boleh gunakan Draw tool untuk lukis grafik atas peta tu, kemudian paparkan data anda mengikut bentuk grafik yang anda lukis. Contoh macam di bawah ni, saya lukis simple grafik di atas peta gunatanah saya.



Kemudian saya gunakan teknik Clip to Shape, tapi kali ni saya gunakan option Outline of Selected Graphic(s).. dan hasilnya seperti di bawah.

Gunatanah di 'clip' mengikut 'shape' grafik


So lepas ni kalau nak buat map untuk hasilkan data-data shape temporary tu, gunakan saja Clip to Shape. Selamat mencuba.


Monday, 11 March 2013

Extract Nilai Z Raster DEM Kepada Data Point


Dalam post saya sebelum ini, saya ada terangkan bagaimana nak jana koordinat XY dari data point. Bagaimana pula kalau saya ada data point dan saya nak extract nilai ketinggian Z daripada data DEM? Dalam kata lain, bila saya overlay point di atas data DEM tu, saya nak ambil nilai Z dari data DEM tu dan letakkan ke dalam table data point. Contohnya, cuba lihat gambar di bawah :-

Taburan point sampling di atas data DEM


Data point tu menunjukkan taburan sampling saya dan pada setiap point tu saya ada maklumat ID sampling. Pada masa yang sama, saya ada data raster DEM yang saya overlay bersama data point tu. Di dalam setiap cell raster DEM tu, saya boleh mengetahui nilai ketinggian Z dengan mengklik lokasi yang saya kehendaki menggunakan tool Identify. Nilai ketinggian Z akan ditunjukkan melalui maklumat Pixel value. 

Pixel value menunjukkan ketinggian Z dari data DEM


OK.. sekarang ni macamana saya nak ambil nilai dari Pixel value dari result Identify tu masuk ke dalam setiap data point saya. Kalau nak edit satu persatu point dan masukkan nilai Z, boleh juga.. tapi kalau data point tu sikit bolehlah buat cara tu. Cuba bayangkan kalau ada beratus-ratus point. Pergghh terseliuh gak jari nak key in satu-satu...huhu.

Ada satu cara mudah. Gunakan teknik geoprocessing dalam toolbox. Tool yang akan anda gunakan ialah Extract Values to Points. Tool ni terdapat dalam toolbox Spatial Analyst. Maknanya kalau nak buat analisis ni, kena ada extension Spatial Analyst dulu ler. OK.. macamana nak guna tool ni? Rujuk gambar bawah :-



Penerangan gambar :
  1. Buka ArcToolbox dan klik Spatial Analyst Tools > Extraction > Extract Values to Points
  2. Masukkan input data point anda. Dalam kes saya ni, data point sampling.
  3. Pilih raster yang mewakili data DEM.
  4. Taipkan nama output point layer.
  5. Klik butang OK.


Perhatikan hasilnya pada gambar di bawah (mcm biasa, klik kat gambar kalau tak clear) :

Nilai Z dihasilkan di dalam table point sampling


Cuba anda perhatikan output table tu. Ada field baru di tambah pada table tu (RASTERVALU). Field tu menunjukkan nilai ketinggian Z pada setiap point sampling. Nilai Z ni diambil dari data raster DEM tadi. Mudah je kan? Teknik ni bukan hanya limit kepada extract nilai ketinggian Z sahaja, tapi apa saja nilai yang ada pada data raster anda. Contohnya, kalau raster anda mewakili raster slope, nilai yang ada pada data point tu nanti adalah nilai slope lah. 

Selamat mencuba.


Thursday, 28 February 2013

Berkursus Sambil Menikmati Angin Sejuk Cameron

Grrrrr sejukkk.... kali ni training GIS buat kat Cameron Highland. Peserta pula dari JPS Terengganu. Angin ngan hujan menambahkan lagi kegigilan saya..hehe.  Kursus ni hanya kursus asas ArcGIS, tapi memandangkan peserta dah ada fokus projek apa yang nak dilakukan, saya ubahsuai sikit silibus dan lebih tumpukan pada apa yang peserta nak. Fokus exercise lebih pada data conversion dan cleaning data lot dalam AutoCAD dan juga conversion data RT JPBD dari format MapInfo kepada Geodatabase. 


Lokasi kejadian

Hasil conversion data lot AutoCAD dan MapInfo RT JPBD 


Memandangkan aktiviti malam agak kurang di Cameron, jadual kursus pun diubahsuai ikut persetujuan kedua2 pihak. Kursus start pagi 9am hingga 12pm pada hari pertama, kemudian disambung 9pm-11mlm. So petang tu bolehlah ronda-ronda kejap cari ole-ole. Hari kedua pula macam biasa kursus 9am-5pm dan disambung perbincangan pada sebelah malam.

Menikmati panorama ladang teh


Cari ole-ole




Jagung cameron memang manis



Diharap peserta berpuas hati dengan kursus ni dan memberi manfaat dalam kerja-kerja seharian. 

Testing access sukagis dari tab ngan smartfon

Antara peserta-peserta





Untuk gambar-gambar lain bolehlah melawat fb sukagis di link ni. Terima kasih.


Sunday, 24 February 2013

Nak Link Table : Join atau Relate?


OK..kali ni kita sentuh sedikit tentang konsep Relational Database dan penggunaannya di dalam ArcGIS. Anda yang dah biasa gunakan data-data spatial seperti shapefile atau geodatabase featureclass tentu tahu kan, setiap featureclass akan ada table masing-masing yang dipanggil Feature Attribute Table (FAT). Setiap feature ni mempunyai ID unik di dalam FAT tersebut yang dipanggil Feature Identifier (FID).  FID ni bertujuan untuk menghubungkan setiap feature point, line, polygon pada rekod di dalam table. Sebab tu dalam GIS, bila anda query table, feature akan dihighlight di atas peta, dan kalau anda select feature di atas peta pulak, rekod di dalam FAT tu pun akan dihighlight. Semua tu berlaku sebab adanya FID ni.



Maklumat dalam table FAT tu anda boleh juga link ke table-table yang lain. Cuba bayangkan di jabatan anda dah ada sistem pangkalan data yang menyimpan maklumat terperinci sesuatu lot tanah, contohnya nama pemilik tanah, maklumat cukai, kategori tanah, hakmilik dan lain-lain. Sekiranya anda dah ada layer lot, semua maklumat ni boleh dilink ke table FAT layer lot anda supaya analisis lebih terperinci boleh dibuat kat layer lot anda tu.

Di dalam ArcGIS, maklumat dari satu table boleh dilink ke table yang lain kerana data model di dalam ArcGIS adalah berasaskan kepada konsep Relational Database. Dalam kata lain, maklumat dari satu table boleh dikaitkan(relate) dengan table yang lain asalkan dalam kedua-dua table yang nak di link tu ada column yang menyimpan maklumat attribut yang sama. Contohnya katalah layer lot anda ada maklumat nombor lot yang unik, table pemilik lot pun ada nombor lot yang unik, so bolehlah anda linkkan layer lot tu ke table pemilik lot menggunakan column nombor lot.



Di dalam ArcMap ada dua kaedah untuk anda linkkan table ni iaitu kaedah Join dan kaedah Relate. Bezanya, Join akan merge table yang anda link menjadi satu table.

Join akan merge dua table menjadi satu table


Relate pula tak akan merge table anda, sebaliknya table anda still maintain table yang berasingan, tetapi ArcGIS tahu ada connection antara table yang anda link tu dan bagaimana nak panggil related record tu.

Relate akan maintain table berasingan tetapi match record
akan dilinkkan.

Jenis Relationship

Jadi...macamana nak tahu bila masa nak pakai Join dan bila masa nak pakai Relate? Jawapannya anda kena tahu dulu jenis relationship antara table yang anda nak linkkan. Untuk nak faham jenis relationship ni, anda kena faham dulu maksud berikut :-

  • Origin table
  • Destination table
  • Primary Key
  • Foreign Key




Sekarang perhatikan gambar A,B,C dan D di bawah :-

Jenis relationship


Di dalam konsep Relational Database, terdapat 4 jenis relationship yang asas iaitu :-

  • one-to-one (1-1)
  • one-to-many (1-*)
  • many-to-one (*-1)
  • many-to-many (*-*)


Alamak, banyaknya jenis relationship. Macamana kita nak tahu jenis relationship antara table yang kita nak link tu yang mana satu dari 4 kategori tu. Jawapannya anda kena tahu dulu table mana yang anda anggap sebagai Origin dan table mana yang anda anggap sebagai Destination.  Kita ambil semula contoh gambar di atas. Katakan anda nak link table pemilik ke table layer lot. Dalam kes ni lot akan menjadi Origin dan table pemilik akan jadi Destination. Field/column dari table lot yang akan anda gunakan untuk link dipanggil Primary Key manakala field/column dari table pemilik yang akan dilink dipanggil Foreign Key.

Cara bacaan jenis relationship pula adalah dari Origin Table ke Destination Table. Maksudnya relationship rajah A ialah one-to-one, rajah B one-to-many, rajah C many-to-one dan rajah D many-to-many.

Kenapa perlu faham dulu jenis relationship ni? Sebabnya jenis relationship ni akan menentukan kaedah mana yang sesuai anda gunakan untuk link table dalam ArcMap, samada kaedah Join atau kaedah Relate. Join digunakan sekiranya relationship anda many-to-one atau one-to-one. Relate pula sekiranya data anda one-to-many atau many-to-many.

Kaedah Join

Sekarang kita lihat kembali contoh di bawah.

Contoh many-to-one


Saya ada layer landuse tapi dalam table landuse saya hanya menyimpan maklumat landusecode. Kalau saya nak design peta landuse untuk cetakan, takkan kat Map Legend tu saya nak letak kod betul tak. Nanti orang baca peta saya pun tak faham, apa maksud kod 1, kod 2, kod 12 etc. Kebetulan saya ada satu table berasingan yang menyimpan penerangan untuk setiap landusecode tersebut. Jadi saya boleh linkkan kedua-dua table ni untuk mendapatkan penerangan jenis gunatanah, seterusnya saya boleh gunakan maklumat jenis gunatanah tu sebagai Map Legend di atas peta saya.
Kalau lihat dari Origin dan Destination tu, apa jenis relationship dia? Many-to-one kan? So kalau many-to-one kita guna kaedah apa? Jawapannya Join. Untuk Join, rujuk step gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Right click kat layer Origin dan pilih Join and Relates > Join...
  2. Pastikan anda pilih Join attributes from a table
  3. Pilih field Primary Key dari Origin Table. Dalam contoh ni field dari layer Landuse.
  4. Pilih nama Destination Table yang anda nak linkkan.
  5. Pilih field Foreign Key dari Destination Table.
  6. Klik OK.


Lepas anda join kedua-dua table tu, bolehlah anda gunakan maklumat penerangan kod landuse tu untuk buat analisis dan mapping.



Kaedah Relate

Untuk contoh berikutnya, saya ada layer stesen kualiti sungai yang mengandungi ID unik stesen. Seterusnya di jabatan saya ada satu table yang menyimpan maklumat cerapan kualiti sungai setiap bulan mengikut stesen. Katakan saya ingin melihat berapakah bacaan kualiti sungai di setiap stesen pada bulan Januari, Februari sehinggalah Disember pada tahun-tahun tertentu. Ini adalah satu contoh one-to-many kerana satu stesen ada banyak bacaan kualiti sungai (Jan, Feb, Mac.... Dis). Disebabkan jenis relationship adalah one-to-many, saya akan gunakan kaedah Relate untuk link maklumat kedua-dua table ni.
Rujuk gambar di bawah untuk steps kaedah Relate :-



Penerangan gambar :-
  1. Right click kat layer Origin dan pilih Join and Relates > Relate...
  2. Pilih field Primary Key dari Origin Table. Dalam contoh ni field dari layer Station.
  3. Pilih nama Destination Table yang anda nak linkkan.
  4. Pilih field Foreign Key dari Destination Table.
  5. Namakan Relate anda.
  6. Klik OK.


Bila kedua-dua table tu dah relate, macamana anda nak lihat result dari relate tu? Ada dua cara.. kalau anda guna kaedah Identify, maklumat related record tu akan dipapar di Identify Window. Rujuk gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik tool Identify
  2. Klik station yang anda nak paparkan maklumat di peta.
  3. Maklumat dari Origin Table akan dipaparkan. Klik pada Primary Key.
  4. Nama Destination Table dipapar. Klik pada nama Destination Table.
  5. Senarai record yang match akan dipaparkan. Klik pada setiap rekod.
  6. Detail maklumat setiap rekod dari Destination Table akan dipaparkan.

Tu kalau anda nak lihat maklumat Destination Table guna kaedah Identify. Kalau anda guna kaedah Query, record dari Destination Table yang match akan dipapar kalau anda klik button Related Table dari Origin Table. Contoh seperti gambar di bawah:-



Ok..sekarang dah faham bila nak guna Join atau Relate? Senang je kan. Secara ringkasnya :-

one-to-one  : Join
many-to-one : Join
one-to-many : Relate
many-to-many : Relate




Sunday, 17 February 2013

Analisis Cross-Section Profile Guna Free Tool - ET Surface


Kali ni saya nak share satu tools percuma yang boleh digunakan bersama ArcGIS Desktop... ET Surface. Agak menarik juga tools ni bila saya cuba-cuba. Kesemua tool yang terdapat dalam ET Surface ni sebenarnya adalah tool-tool yang terdapat dalam ArcGIS 3D Analyst dan Spatial Analys, tapi yang bagusnya nak run tool ni anda tak payah ada license 3D dan Spatial Analyst pun. Waaaa... best ni.. maknanya boleh buat slope analysis, 3d analysis semua.



Tapi namanya pun free version... for sure ada limitation. Kalau yang takde limitation tu kena purchase license dia. Tapi walaupun ada limitation, sesetengah tool dalam ET Surface ni still relevan dan sesuai anda gunakan, contohnya analysis cross-section profile dalam ni yang saya rasa lebih fleksible berbanding dengan cross-section profile dalam 3D Analyst.

OK...nak download ET Surface ni anda boleh ke website http://www.ian-ko.com  Sebenarnya kat website tu ada banyak lagi free ArcGIS tools yang anda boleh cuba. Dan yang bagusnya anda boleh pilih nak download ikut version ArcGIS anda. Supported version ialah dari ArcGIS 9.0 sehinggalah latest version 10.1.

Pilih saja nak download mengikut version ArcGIS anda


Lepas download tu, double-click je file setup dan ikut arahan seterusnya. Bila dah complete install, buka ArcMap anda, dan sepatutnya anda akan nampak ET Surface dalam senarai toolbar anda. Aktifkan toolbar ET Surface tu, dan bila anda klik button ET kat toolbar tu, anda akan dapat senarai penuh tool-tool dalam ET surface seperti gambar bawah ni.

Senarai tools dalam ET Surface


So dari situ anda pilih je lah nak buat Interpolate Surface ke, TIN Surface Analysis ke, Raster Surface Analysis ke dan macam-macam lagi. Sekarang saya akan tunjuk macamana nak buat analisis cross-section guna ET Surface ni. Mudah saja, rujuk gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik button Draw cross-section line
  2. Lakar garisan scross-section atas surface (anda perlu ada surface 3D dulu samada raster atau TIN)
  3. Profile cross-section akan dipapar mengikut lakaran anda tu.


Satu lagi yang saya suka ialah selain dari cross-section tu dia papar di profile graf, anda juga ada option nak papar profile cross-section tu di atas map anda. Contoh macam gambar bawah ni :-

Profile cross-section boleh dipapar di lakaran atas map


Penerangan gambar :-
  1. Pada graf profile tu, klik menu Profile > Draw Profile on View
  2. Pilih nama surface anda.
  3. Klik OK. Anda boleh juga klik Preview untuk test tengok profile tu di atas map.
  4. Garisan profile di papar atas map.


Satu lagi features yang saya suka kat graf profile cross-section ni ialah anda boleh overlay layer atas garisan cross-section tu. Contohnya katalah saya buat garisan cross-section di atas layer landuse seperti gambar di bawah ni.



Bila saya buat graf profile cross-section, saya ada option untuk overlay layer landuse tu di atas graf profile. Dari situ saya boleh analyze lebih detail, contohnya pada profile ketinggian 1200m hingga 1400m pada jarak tertentu, landuse apa yang terdapat pada ketinggian tersebut. Wahhh bagus ni. Rujuk gambar bawah ni macamana cara-cara nak buat tu.

Maklumat layer landuse dipapar di atas profil cross-section


Penerangan gambar :-
  1. Pada graf profile, klik menu File > Add Layer
  2. Pilih layer yang nak overlay. Dalam contoh ni landuse.
  3. Pilih surface.
  4. Pilih field dalam layer overlay tu yang nak digunakan sebagai label pada graf.
  5. Klik button Finish.
  6. Perhatikan layer landuse tu bersama label di overlay di atas garisan cross section. Color symbology landuse juga akan mengikut color yang telah anda set di map anda.

Menarik kan? Free pulak tu..hehe. Tapi cross section tool ni ada limitation jugak. Contohnya kalau anda draw garis cross section anda panjang sangat di atas surface, nanti graf cross section anda keluar separuh je... macam gambar bawah ni.

Limitation : tak boleh generate cross-section jarak lebih dari 5km


Daripada graf tu, nampaknya macam maksimum jarak cross section yang anda boleh buat lebih kurang 5km je. Selebihnya graf anda akan blank. OK selain dari cross section, banyak lagi tools yang anda boleh cuba dalam ET Surface ni. Saya ada jugak cuba run slope analysis, tapi output raster slope saya ada pulak label "ET" kat tengah-tengah data slope tu. Dia nak suruh purchase license le tu kalau nak hilangkan "ET" tu..hihi.

Ada caption "ET" plak bila generate slope...adehh..


OK...amacam...cool tak free tool ni? Selamat mencuba.