Monday 18 June 2012

Pengenalan Topology


Kalau korang semua belajar subjek GIS, mesti jumpa perkataan ni kan - "Topology". Apa kebende topology tu??

Definasi Topology
Cuba google "gis topology" kat internet, sure jumpa macam2 definasi kan? Tapi sure dalam tiap-tiap definasi tu korang akan jumpa perkataan "spatial relationship". Kalau mengikut cerita asalnya, prinsip topology ni diperkenalkan oleh seorang ahli matematik Swiss bernama Leonhard Euler pada tahun 1736... mak aihh.. lama tu. Korang boleh baca cite dia lebih lanjut di link ni. Untuk memudahkan kita memahami maksud spatial relationship tu, lihat gambar kat bawah ni :




Ni contoh mudah yang boleh kita lihat sekeliling kita. Kat rumah kita pun ada meter air kan kat luar rumah? Kalau kita tengok kat gambar tu, daripada Water Main, paip air warna biru tu akan masuk ke dalam rumah, tapi mesti melalui meter dulu. Kalau takde meter, alamat bil air free ler..hehe. So dalam gambar tu, paip dan meter berhubungkait antara satu sama lain. Hubungkait tu maksudnya relationship ler. Apakah relationship nyer? Relationship dia adalah meter tu menghubungkan paip dari Water Main ke saluran paip menuju ke rumah. Di dalam GIS hubungkait ini dinamakan Connectivity Relationship.

Konsep topology digunakan di dalam GIS untuk menjamin kualiti dan integriti pada data spatial. Cuba bayangkan kalau topology tidak digunapakai pada data kita. Contoh macam kes paip tadi, kalau saya edit dan alihkan kedudukan meter, paip air akan terputus kerana tiada Connectivity..  macam gambar kat bawah ni. Macam tak logik kan tiba-tiba ada seketul meter air tanpa menyambungkan paip. 


Editing - alih kedudukan meter tanpa topology


Tetapi sekiranya konsep topology digunapakai pada data, paip akan tetap disambung melalui meter kerana terdapat Connectivity relationship pada data tersebut. (adoiii letih juga nak edit gambo paip tu guna photoshop..hihi.. takpe la.. yang penting nak bagi korang mudah faham).
Editing - alih kedudukan meter menggunakan prinsip
topology Connectivity
OK.. sekarang dah dapat idea dah maksud topology tu? Perhatikan pula satu lagi contoh kat bawah ni. Dalam gambar tu ada 3 layer yang berasingan, sempadan negeri, sempadan daerah dan sempadan mukim. 


Coincident - sharing boundary


Perhatikan kedudukan anak panah tu. Katakan jika saya buat editing reshape boundary pada gambar pertama, maybe ok sebab melibatkan 1 layer sahaja iaitu sempadan negeri. Tetapi untuk gambar tengah2 tu, perhatikan pada kedudukan anak panah, terdapat perkongsian sempadan antara layer daerah dan negeri. Jika saya buat editing reshape boundary, sepatutnya kedua2 sempadan layer negeri dan daerah akan berubah kerana kedua-duanya berkongsi sempadan. Begitu juga untuk gambar ketiga tu melibatkan layer negeri, daerah dan mukim. Topology relationship ni dipanggil Coincident.

Struktur Left-Right Topology pada data polygon
Jadi secara ringkasnya topology merupakan spatial relationship ataupun hubungkait spatial di antara feature-feature samada di dalam layer yang sama ataupun di dalam layer yang berasingan. Dalam contoh-contoh yang telah saya berikan di atas tu, hubungkait berlaku antara feature di dalam layer berasingan, seperti hubungkaitan antara feature point Meter dan line paip, begitu juga hubungkaitan perkongsian sempadan antara feature boundary layer Negeri, Daerah dan Mukim. Contoh-contoh hubungkaitan antara feature dalam layer yang sama adalah seperti polygon lot tanah yang bersebelahan antara satu sama lain dan  segment tributari sungai yang bercantum dengan sungai utama.

Kaedah Penyuntingan Topology
Terdapat beberapa tools di dalam ArcMap yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan kaedah penyuntingan topology ni. Antaranya menggunakan Topology toolbar melalui kaedah Map Topology atau Geodatabase Topology Rules. Saya akan terangkan lebih lanjut bab penyuntingan topology ini di dalam topik yang lain.


Topology Toolbar


Semakan Topology - Geodatabase Topology Rules
Bagaimana pula sekiranya kita ingin menyemak sekiranya data-data kita terdapat kesalahan topology seperti line yg tidak bercantum, polygon yang overlap, polygon gap dan lain-lain? Jawapannya, gunakan geodatabase topology rules. So daripada namanya sendiri pun kita boleh agak, data-data kita tu mestilah diletakkan ke dalam format geodatabase dulu, kalau shapefile tu tak boleh la nak apply konsep ni. Kelebihan geodatabase topology rules adalah kita dapat mengetahui lokasi-lokasi di mana terdapat kesalahan topology pada data kita secara automatik disamping beberapa setting yang boleh kita lakukan untuk buat autocorrection pada data kita. Saya akan menerangkan macamana nak buat steps ni dalam post yang akan datang.


Lokasi error lot bertindih (overlap) dikenalpasti
secara automatik melalui Geodatabase Topology Rules


OK, mata pun dah ngantuk ngadap TV Euro 2012 ni... saya stop sini dulu ler.. :D

No comments:

Post a Comment