Friday, 27 July 2012

Convert GIS Data ke CAD format


Salam semua.. topik kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara nak convert data GIS anda kepada AutoCAD, manalah tahu kan, kot-kot ada keperluan untuk anda nak view data GIS tu dalam software AutoCAD. Sebenarnya saya dapat panggilan dari student saya pagi tadi .."Cikgu... macamana nak convert data ke AutoCAD?"... Adeh... so saya pun dapat idea nak update blog ni based on soalan tu.

OK mula-mula perhatikan gambar di bawah. Tu contoh sample data shapefile lot  dalam ArcMap yang saya nak convert ke AutoCAD.



Data lot saya tu ada maklumat nombor lot tanah, so saya pun paparkan Label teks lot tanah seperti di bawah ni. 



OK, sekarang ni saya nak convert data polygon lot tu bersama dengan nombor lot kepada format AutoCAD. Senang je caranya. Anda hanya perlu right click kat layer lot tu dalam Table of Content, pastu pilih Data > Export to CAD...



Kemudian dialog seperti kat bawah ni akan dipaparkan. Yang anda perlu masukkan adalah (1) Nama featureclass yang anda nak convert, dalam kes ni lot, 
(2) kat output type tu, pilih version AutoCAD yang anda nak convert dan 
(3) Namakan output CAD file anda.



Hasilnya seperti di bawah ni. Perhatikan kat Table of Content tu, element Point, Polyline, Polygon, Multipatch dan Annotation akan dibina di dalam CAD layer tu. Tapi tak semestinya semua element tu ada feature yang anda convert.  Dalam contoh data saya ni, lot featureclass tu akan diconvert kepada Polyline dan Polygon di dalam CAD layer tadi.  Kalau saya view Point, Multipatch dan Annotation tu kosong je. takda apa-apa isi. Oooppsss... mana perginya nombor lot tu??



Kalau anda perhatikan betul2 kat Table of Content tu, selain dari Point, Polyline, Polygon, Multipatch dan Annotation, terdapat satu lagi element yang diletakkan di dalam fail AutoCAD tu  yang dinamakan lot dan kalau anda buka Attribute Table untuk lot tu, anda akan nampak maklumat nombor lot di dalam table tu.



Cuma anda perlu take note, untuk memaparkan info nombor lot tu dalam software AutoCAD, anda perlu ada plugin ArcGIS for AutoCAD. So kalau takde plugin nak buat macamana? Cara mudahnya gunakan tool Export to CAD di dalam toolbox untuk convertkan Label nombor lot tu sebagai layer Text di dalam AutoCAD. Tapi kalau nak buat tu, syaratnya anda kena jadikan dulu Label tu sebagai Geodatabase Annotation feature class.

OK, sekarang saya tunjukkan pula macamana nak bina geodatabase annotation feature class. Ada banyak cara, tapi cara yang paling mudah adalah gunakan kaedah Convert Labels to Annotation. Sebelum convert tu, pastikan zoom dulu kat lot anda tu untuk mendapatkan reference scale yang sesuai, supaya setiap teks label tu boleh fit masuk dalam setiap lot masing-masing.



Kemudian, right click kat layer lot dan pilih Convert  Labels to Annotation. 



Apabila dialog Convert Labels to Annotation dipaparkan seperti kat bawah ni, masukkan maklumat berikut :-
(1) Pilih Store Annotation in a database
(2) Pilih samada nak convert nombor lot tu untuk keseluruhan lot atau mengikut lot dalam area yang anda zoom
(3) Klik butang Browse
(4) Pilih Geodatabase (anda perlu create dulu geodatabase ni kalau takda lagi)
(5) Namakan annotation feature class tu.



Kemudian klik saja butang Convert. Nanti anda akan dapat lihat annotation tu dipaparkan di dalam TOC. OK sekarang ni dah ada layer annotation nombor lot. So sekarang ni bolehlah anda gunakan tool Export to CAD untuk convert annotation tadi kepada layer teks CAD. Untuk access tool ni, buka toolbox, tool ni terdapat dalam Conversion Tools > To CAD > Export to CAD.



Seperti contoh sebelum ni, kat dalam dialog tu anda perlu masukkan nama annotation featureclass sebagai input, pilih version AutoCAD yang anda nak convert dan namakan output CAD textfile anda.



Lepas tu bolehlah anda paparkan text nombor lot tu dalam software AutoCAD anda tanpa perlu plugin. Selamat mencuba...

3 comments:

  1. sedang berusaha....thanks sifu...ada persoalan kami ajukan lagi yer.

    ReplyDelete