Saturday, 13 October 2012

Menukar sistem koordinat : RSO - WGS84, WGS84 - RSO, RSO - Cassini dll ....


Ni antara soalan paling feveret yang selalu orang tanya saya bila saya conduct kursus gis.. "cikgu,... macamana nak tukar atau project data ke sistem koordinat yang lain?"  Katakan anda memperolehi data dari pelbagai agensi yang menggunakan sistem koordinat yang pelbagai, kemudian anda ingin seragamkan kesemua data  tadi kepada satu sistem koordinat sahaja.  Mudah saja.

Sebelum tu, ingin saya highlight di sini, ArcGIS menggunakan kaedah 'on the fly projection', bermaksud, walaupun data-data anda menggunakan sistem koordinat yang berbeza-beza,  data anda masih boleh di overlay pada satu paparan.. bermaksud, anda tak perlu buat proses conversion pun. Tapi sekiranya anda ingin menukar ke sistem koordinat tertentu, anda boleh lakukan melalui ArcMap ataupun melalui ArcToolbox.

Di sini saya akan tunjukkan cara-cara menukar sistem koordinat tu menggunakan ArcMap. Contoh yang akan saya berikan ialah menukar data dari RSO ke WGS84.

1.            Pastikan sistem koordinat sumber data

Mula-mula anda perlu pastikan apakah sistem koordinat yang digunakan oleh data yang ingin anda tukarkan sistem koordinat tu. Contohnya katalah saya ingin menukar data mukim saya ke WGS84. Saya perlu pastikan apakah sistem koordinat yg digunakan oleh mukim tu. Katakan saya tahu data mukim tu adalah data RSO,.. saya perlu pastikan pada ruangan XY Coordinate data tu tertera Kertau_RSO_Malaya_Meters dan bukannya Unknown.




Sekiranya nilai yang dipapar adalah Unknown, anda perlu define dahulu sistem koordinat pada data tu sebelum proceed langkah seterusnya. Contoh, kalau data mukim saya tu adalah data RSO, saya perlu define dahulu data tu sebagai RSO. Proses ni anda perlu buat dalam ArcCatalog ataupun Catalog Window.

Klik butang Select.. untuk define sistem koordinat sumber data


2.            Set sistem koordinat untuk Data Frame.

Kemudian setkan sistem koordinat Data Frame mengikut sistem koordinat apa yang anda hendak convert. Macam contoh saya ni, saya nak convert mukim tu dari RSO ke WGS84, jadi sistem koordinat Data Frame tu saya perlu set dahulu sebagai WGS84.




3.            Pastikan adakah terdapat perbezaan datum antara sistem koordinat.

Step ni agak penting juga untuk pastikan ketepatan data yang akan anda hasilkan nanti. Anda perlu tahu apakah datum yang digunakan antara sistem koordinat yang terlibat. Contohnya data mukim saya adalah RSO. RSO untuk Semenanjung menggunakan datum Kertau. WGS84 pula menggunakan datum WGS84.... bermaksud kedua-dua sistem koordinat menggunakan datum yang berbeza.

Perbezaan datum yang digunakan antara RSO dan WGS84


Sekiranya terdapat perbezaan datum, proses Datum Transformation perlu dilakukan. Mudah saja, klik saja butang Transformation pada dialog Data Frame Properties dan setkan transformation seperti gambar kat bawah ni.




4.            Export data menjadi layer baru.

Kemudian export saja sumber data tu menjadi layer baru. Tapi jangan lupa, pastikan anda pilih option Use the same coordinate system as : the data frame. Kalau tak pilih option tu, nanti data yang dihasilkan tetap tak berubah, masih lagi sistem koordinat yang asal. Dalam contoh di bawah ni, data mukim tu saya convert menjadi shapefile dan saya namakan sebagai MukimWGS.shp.




OK ...selesai sudah proses. Data mukim saya telahpun diconvert daripada RSO menjadi WGS. Secara ringkasnya, anda bolehlah rujuk gambarajah bawah ni untuk step-step yang telah saya huraikan tadi.




Selamat mencuba.

45 comments:

  1. wahhh..mekaseh bos.nnt refer sni arr sbb ni antara soklan peberet sy tanye kan...hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salamm bos...saya ada image menggunakan projection gdm penisular Rso,,,,cmne nk cnvect to wgs 84.??

      Delete
    2. wsalam... pastikan image tu dah didefine sebagai gdm mrso (lihat properties image).. kemudian boleh gunakan tool project kepada output wgs84 atau guna kaedah export dlm arcmap mengikut coord system data frame seperti contoh saya tunjuk kat atas

      Delete
  2. agak berbeza cara kita.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lebih suka guna cara ni dari guna toolbox sbb cara ni aku bule nmpak dulu result dia sblum convert dgn cara wat on the fly project... So aku bule tahu dulu source data tu tepat ke x... Cara lain2 xpe asal result sama hehe

      Delete
    2. hehe betul tu bos... cara bos cpt cikit dr guna toolbox.. klu kursus leh tnjuk dua2 lama sikit.. haha

      Delete
    3. hahaha... xpe... tunjuk dua2.. pastu depend pada user le nak guna cara mana yg dia suka... yg penting..sukagis...kekekeke

      Delete
  3. Sy masih baru dgn GIS & masih menggunakan version 9.2..sy nk tny, yg 1st step tu sy x jmpe plak paparan yg sama spt yg tuan tunjukkan walaupun da klik kat properties. mohon beri tunjuk ajar. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmm..buka properties tu dlm arcmap ke dlm arccatalog. Cth paparan saya tu dlm arccatalog. Kalau properties dlm arcmap, kena refer kat tab Source lepas open window properties tu...

      Delete
  4. patutla xblh upload data kt TMSmartmap..silap format rupanya..thx bos..

    ReplyDelete
  5. konpius nk convert..blink blank!?

    ReplyDelete
  6. Bermanfaat blog ni, keep update yer, saya kerja JUPEM juga tapi sekarang cuti belajar kat UCL, merangkak nak guna GIS semula. tqvm byk info yg bagus kat sini, panduan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ... tak semua analisis dlm gis ni yg saya expert. saya hanya berkongsi ilmu yang saya tahu saja..harap memberi manfaat..hehe

      Delete
  7. buat satu teknik,timbul masalah lain plak..lepas sy set projection data frame, timbul plak masalah xboleh nk buat topology..adoii.. kena set data shapefile satu persatu ikut data frame tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm maksud topology tu geodatabase topology ke? Kalau geodatabase topology mmg tak boleh guna shapefile. Data shapefile tu kena convert dulu ke geodatabase..

      Delete
  8. Dlm Map Topology sy highlight data nk edit, tp bila klik ok..xda apa2 perubahan..Topology Edit Tool pun tak "on",,sebelum ni ok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya takde masalah. Data shapefile tu semua dah define spatial reference? Seeloknya setting coordinate system data frame biar sama dengan coord system shapefile tu utk mengelakkan masalah accuracy masa edit.

      Delete
  9. utk define spatial reference tu sy kena define projection kan? Apa hubungan / kaitan nya dgn Create spatial Refence dan Define Projection dlm (Projection and.Tr.>Features>Create Spatial Reference)(Projection and Tr..>Raster>Define Projection)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..kena define projection. Define Projection kita gunakan utk define spatial ref kat data kita yg Unknown spatial ref atau data kita yg tersilap define spatial ref. Create Spatial Ref tu kita gunakan utk create spatial ref object utk digunakan dlm ModelBuilder.

      Delete
  10. salam, saya bru try guna arcmap..saya dah ikut step diatas, tetapi bila saya nk convert dr wgs - rso output still dlm wgs.. untuk step yg ke-3 tuh kalo kita click ok mmg data frame dah direct save transformation dr wgs-rso ker? xpi knp bila sya click balik macam x save.. blurrr
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... cuba double check balik dialog Export Data dlm gambar kat atas tu.. tgk kat no 2.. dah click tak use the same coordinate system as the data frame.

      Delete
  11. Assalam encik..saya ingin bertanya..ok koordinat bing map dlm wgs84 kan? bagaimana nak covert koordinat wgs84 td ke rso dlm arcmap? saya da masukan kan dlm excel koordinat wgs84 n export mengikut data frame (rso)tp still xboleh. boleh x encik terangkan step by step. saya da try tp still koordinat lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau koord tu manually keyin dalam table, mmg output table pun tak akan berubah koord walaupun dah ubah coord system pada data. Yg diubah hanya koord system data spatial, bukannya value koordinat yg dah dimasukkan dalam table. Sekiranya nak dapatkan koordinate yg dah berubah tu ke dalam table, gunakan tool ADD XY Coordinate dalam Data Management Tools di arctoolbox.

      Delete
  12. salam admin..boleh bagitahu macamne nak convert GDM_2000_State_Cassini_Johor to WGS84..boleh bagi step x?harap dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... stepnya sama sahaja seperti di atas, cuma utk step 1 tu utk cth data rso, so setkan sahaja ke data cassini gdm, tapi utk step ke 3 tu utk datum transformation, awk perlukan 7 parameter conversion dari jupem dan keyin dalam arcgis. parameter tu tiada dlm arcgis.

      Delete
  13. salam....
    sy nk tnye...
    klu sy da tersilap define coord system cemne nk buat ye???
    septotnye data sy RSO, tp sy define ke WGS....

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      sorry tak perasan mesej... kalau data tu belum project, cuma redefine balik je data tu dlm catalog sebagai wgs.. sepatutnya ok...

      Delete
  14. salam....
    sy nk tnye...
    klu sy da tersilap define coord system cemne nk buat ye???
    septotnye data sy RSO, tp sy define ke WGS....

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. salam. sy guna bing map as base map. bila sy nak create new point shapefile, keluar warning msg spatial reference doesnt match with data frame. tp sy dh reproject kepada wgs1984. mcm mane ye nk betulkan? atau sy salah pilih projection?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... semasa create new shapefile tu define sebagai wgs ke? kalau kluar mesej warning tu takde masalah sebenarnya sekiranya kesemua layer dlm map dah define projection.. warning tu hnya makluman arcmap akan buat on the fly projection utk pastikan data tu boleh overlay.. dan sekiranya datum data berbeza dengan datum frame, pastikan klik button Transformation kat warning dialog tu utk buat proses datum transformation.

      Delete
  16. Ketika di universiti, saya diajar untuk menggunakan geographic coordinate yang Timbalai tu..
    sekarang dah kerja, semua laporan yang saya jumpa menggunakan wgs84..
    apa bezanya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbalai adalah projected coordinate, bkn geographic. Sebenarnya ikut tujuan utk apa data tu nak digunakan. Kalau takat nak locate kedudukan, wgs84 pun boleh, tapi utk analisis gis melibatkan pengiraan jarak, keluasan, projected coordinate lebih sesuai.

      Delete
  17. salam encik.. saya nak tanya. sedang dalam process untk fyp saya. saya menggunakan google earth image yang mana saya dah convert/geocode data saya ke WGS. Tapi untuk analysis, saya memerlukan data cassini. so, cmne ek untuk image google earth yg saya gunakan ini nak ditukarkan kepda cassini (perlis)? thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... kena ada spatial ref utk cassini perlis dulu..sbb parameter cassini berbeza mengikut state. Cthnya dalam bentuk prj file. Bila dah ada file tu, setkan dalam arcmap data frame coord system dan export data wgs tu ke cassini macam cth saya buat kat atas.. atau boleh juga guna arctoolbox Project tool.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  18. thank you encik kerana sudi reply prtnyaan saya ini. encik, boleh tak nilai parameter cassini prlis saya amik disni .http://www.eye4software.com/resources/grid/3383/..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai parameter kat website tu utk CassiniGDM dan bukannya Cassini sebab menggunakan datum GDM2000. Sekiranya old Cassini menggunakan Datum Kertau

      Delete
  19. salam.. tmpg tnye.. kalo dalm map topo sy beli tu dy bg koordinate dlm lat long...then sy dah setkan koordinat sme la.. GDM2000 MRSO.. pastu npe dy kuar nilai dlm nilai xy? maaf sy belum mahir guna arcgis

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. boleh citekan steps macamana set koordinate ke GDM2000 MRSO?

      Delete
  20. salam..nak tanye sikit.. apa beze antara kertau dgn wgs 1984...dan juge kertau dan timbalai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. kertau adalah datum yg digunakan utk rso projection semenanjung, timbalai adalah datum utk rso projection sabah sarawak

      Delete