Saturday 28 February 2015

Kursus Pengenalan ArcGIS I - Jabatan Alam Sekitar

Kursus ni boleh dikatakan acara tahunan yang dikendalikan oleh pihak Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) kepada pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan Negeri... dan seperti biasa pihak EiMAS akan menjemput saya dan rakan saya Syafique sebagai tenaga pengajar. Kursus ini juga merupakan kursus asas daripada empat siri kursus ArcGIS yang dijalankan dalam setahun.

Kursus ni berjalan selama tiga setengah hari (23Feb - 26Feb) mengikut modul yang telah dibincangkan bersama pihak Jabatan Alam Sekitar. Diakhir kursus, peserta diberikan soalan kuiz mengikut permasalahan semasa yang kebiasaannya dihadapi oleh kakitangan jabatan dan peserta perlu menyelesaikan masalah tersebut menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari di dalam kursus.





Urusetia...Ibu Pejabat & pihak EiMAS


Contoh soalan kuiz

Submit jawapan

Dilarang menanya jawapan..keh3...



Dah grade...yahuuu

No comments:

Post a Comment