Saturday 28 February 2015

Kursus Pengenalan ArcGIS I - Jabatan Alam Sekitar

Kursus ni boleh dikatakan acara tahunan yang dikendalikan oleh pihak Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) kepada pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan Negeri... dan seperti biasa pihak EiMAS akan menjemput saya dan rakan saya Syafique sebagai tenaga pengajar. Kursus ini juga merupakan kursus asas daripada empat siri kursus ArcGIS yang dijalankan dalam setahun.

Kursus ni berjalan selama tiga setengah hari (23Feb - 26Feb) mengikut modul yang telah dibincangkan bersama pihak Jabatan Alam Sekitar. Diakhir kursus, peserta diberikan soalan kuiz mengikut permasalahan semasa yang kebiasaannya dihadapi oleh kakitangan jabatan dan peserta perlu menyelesaikan masalah tersebut menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari di dalam kursus.





Urusetia...Ibu Pejabat & pihak EiMAS


Contoh soalan kuiz

Submit jawapan

Dilarang menanya jawapan..keh3...



Dah grade...yahuuu

Saturday 21 February 2015

Kursus ArcGIS Desktop - TNB

Kursus ini saya kendalikan selama 3 hari (16Feb - 18Feb 2015) bertempat di TNB Integrated Learning Solution atau ILSAS di UNITEN. Beberapa bulan sebelum kursus ni on, saya berbincang dengan beberapa pegawai dari Jabatan Pengurusan Tanah dan Izinlalu, Bahagian Penghantaran TNB untuk mengenalpasti silibus yang sesuai dan mereka nak pastikan agar topik-topik dan hands-0n yang dibuat semasa training hanya mengikut flow kerja mereka dan menggunakan contoh dataset mereka. So, special sikit la kursus ni, jadi harga pun kena la special sikit sebab nak kena design modul yang spesifik.. :p

Jadi, sebelum kursus, mereka pass kat saya  beberapa sample dataset mereka untuk saya olah menjadi latihan hands-on mereka. Jenuh juga nak fikir macamana nak design modul sebab kena faham dulu apa proses kerja diaorg, then baru boleh relate dengan topik dan data yang ada. Nak kena check juga data yang bagi tu sesuai tak dengan topik yang nak ajar.

Latihan hands-on yang diolah mengikut flow kerja mereka

Ada pop kuiz juga..haha...selamat menjawab


Computer lab yang agak selesa